Posts

Showing posts from 2019

Sederhana

Sederhana. Makin dewasa, makin kerap aku menanggung peritnya kehilangan. Makin ramai juga yang melangkah pergi di atas pilihan. Di sini aku berdiri, memerhati bertemankan pengalaman. Hidup aku tidak kelihatan seperti kebanyakan orang. Serba ada, perhatian di mana-mana. Namun keistimewaanku adalah menurut prinsipku sendiri, tidak tertakluk pada mana-mana perbandingan manusia. Makin sedikit kelebihan, makin ringan tanggungjawab. Makin sedikit kemewahan, makin kurang hitungan hisab. Sekurang-kurangnya ujian menjelaskan sejauh mana tahap kemampuanku. Hakikatnya syukur menjadikan kita punyai segalanya. Terkadang bukan tidak memiliki, sama ada tidak memperlihatkan kepada dunia atau sendiri yang melepaskan kerana lebih memaknai erti penghargaan terhadap diri. Aku lebih gemar berdamai dengan diri sendiri berbanding diiktiraf beruntung oleh manusia. Sederhana inilah yang menjaga hati manusia daripada iri. Sederhana ini jugalah yang memudahkan proses aku menjadi diriku sendiri; tidak dipengaruhi...

Roda

Manusia itu berbolak-balik hatinya. Bila mereka diuji, mereka berpendapat begini — yang mana ia memenangkan diri mereka sendiri untuk membuktikan betapa diri mereka perlukan perhatian dan sokongan. Bila orang lain pula diuji, mereka berpendapat sebaliknya — yang juga memenangkan diri mereka sendiri untuk menghukum orang itu dan menjatuhkannya. Bila orang yang mereka sayang ditimpa musibah, mereka kata itu ujian. Mereka bela tanpa mempertimbangkan keadaan. Bila orang yang mereka benci ditimpa musibah, mereka kata itu hukuman. Mereka menghakimi dengan bermacam alasan. Allah itu Maha Adil. Ya, Allah itu adil bukan hanya dengan kita seorang, tetapi dengan semua hambaNya. Bila orang sakitkan hati kita, kita kata Allah akan balas. Bila kita yang sakitkan hati orang, kita kata memang mereka layak untuk itu. Kita tahu gembira bila berada di atas, tapi bila sesekali roda berputar dan meletakkan diri kita di bawah, kita salahkan orang yang di atas kerana merampas tempat kita. ...

Judge Me When You're Perfect (?)

Kita jangan pelik kalau orang suka judge kita. Manusia cenderung untuk menilai apa yang mereka nampak, bukan apa yang mereka tahu. Kita sendiri pun bukan setiap masa baik, bukan serba serbi sempurna. Kalau apa yang dijudge tu tak betul, buat apa kita terkesan? Kita lebih kenal kekurangan diri kita, jadi kita jugalah yang lebih tahu sejauh mana usaha kita ke arah yang lebih baik. Hakikatnya kebaikan itu memang saling berkait dan menyokong hal-hal yang lain. Satu kebaikan sepatutnya akan melahirkan kebaikan yang baru, juga menimbulkan sekurang-kurangnya keinginan untuk meninggalkan takuk kejahilan. Seterusnya menjadi penghalang kita daripada berterusan melakukan dosa. Hatta bila kita melakukan dosa itu pun, kita disuruh untuk sertakannya dengan kebaikan sebagai 'denda'. Moga dengan kesungguhan kita berbuat baik dapat menghapuskan dosa-dosa dengan izin-Nya. Sebab itulah bila kita buat silap sikit, orang akan terus pertikaikan dengan sisi baik kita; kerana perkaitan tadi. Dan k...

Ketika Aku Diuji

"Allah takkan uji seseorang di luar kemampuannya." Betul. Kita semua diuji mengikut tahap kemampuan kita sendiri dan tahap kemampuan setiap orang itu berbeza-beza. Ada orang diuji dengan masalah keluarga dan itu menjadi kelemahan buat dirinya, jadi ujian itu mungkin berat bagi dia. Ada juga orang, diuji dengan ujian yang sama tetapi kelemahannya pada hal yang lain, jadi ujian itu boleh jadi biasa sahaja bagi dia. Ada orang jenis mudah terasa dengan ucapan sarkastik seseorang, itu menjadi kelemahan buat dia kerana dia seorang yang hatinya lembut. Ada juga orang yang berada dalam situasi yang sama tetapi hatinya lebih kental dan dia mempunyai sifat dan perwatakan yang kasar, jadi ucapan orang bukanlah satu masalah bagi dia. Begitu juga dengan ujian lain. Sebab itu, jangan kita terlampau bangga dengan ujian kita yang kita anggap berat berbanding orang lain, tidak semestinya orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih ringan bermakna Allah kurang sayang dia. Juga, jangan ...

Love, Iman.

"Puncak kesabaran itu diam, walaupun dalam hati terus berbicara. Manakala puncak kekuatan itu tersenyum, walaupun terus menitis ribuan air mata." Setiap pekerjaan yang kita lakukan kerana Allah, bukan bermakna ia akan jadi sempurna sejak awal hingga ke penghujung. Bukan bererti kita langsung tidak boleh melakukan kesilapan. Ada masa kita diuji, di pertengahannya terkadang membuatkan langkah kita terhenti, melutut menangisi kudrat yang terbatas ini. Masih berhadapan realiti, namun canggung antara masa silam dan impian. Takut dengan bayang-bayang sendiri, lelah kerana tiada yang sudi menemani. Disangka huluran tangan yang bakal disambut, rupanya tangan sendiri yang terpaksa mencabut ribuan badik yang tercucuk. Berkali-kali. Acap kali manusia mengambil kesempatan di sebalik kebaikan, mempergunakan kelebihan atas takhta seorang kawan, mencela kekurangan ketika sudah tidak sehaluan. Tidak perlu disebut berapa ramai yang pergi setelah mencipta memori. Bukan kerana kita tidak n...

“Aku Seorang Mujahid, Bukan Mujahir!”

Salah satu sikap atau kebiasaan yang aku perasan ada pada diri sesetengah pendakwah ialah, terlalu merendah diri hingga sanggup menjaja aib sendiri. Tak cukup dengan itu, sanggup menggelar diri sendiri munafik dan beritahu pada orang lain dengan begitu terperinci tentang keterlanjuran dia dalam melakukan dosa. Ia dipanggil mujaharah. Mujaharah ni perbuatan dosa secara terang-terangan. Mujaharah terbahagi kepada dua; pertama, buat dosa terus depan umum dan kedua, buat dosa senyap-senyap kemudian dedah kepada orang lain. Jadi kita boleh tahulah, mujahirin pula membawa maksud si pelaku atau orang-orang yang melakukan dosa secara terang-terangan, berasa bangga dengan dosa yang dilakukan. I would like to share a story. It will probably be long, but I'll try to make it worth reading. Hopefully. Oh ya, sangat disarankan untuk baca sampai habis bagi mengelakkan anda terlebih emosi di tengah jalan. Ok kita mula. Ada masa aku ikut je cara orang, aku suka apa yang diorang suka, aku en...

Cerminan Hati

Kadang hadirnya ujian menuntut kita hanya satu; menyedari dan belajar dari kesilapan lalu. Tidak semua khilaf yang ada pada diri kita, kita nampak. Bukan setiap masa kita sedar akan sisi kita yang lumpuh. Hendak mengharapkan kita menangis bermuhasabah diri setiap malam kerana menyesal di atas segala keterlanjuran diri, jarang sekali. Istighfar sahaja hanya berapa kali sehari. Jadi Allah datangkan ujian berbentuk pengkhianatan orang terhadap kita. Allah datangkan bermacam-macam kerenah dan perangai manusia untuk kita berhadapan dengannya. Mungkin ketika itu, itulah satu-satunya cara untuk kita kembali sedar bersua realiti. Untuk kita jadikan ia sebagai refleksi, mungkin itulah diri kita yang sebenar yang belum sempat diperbaiki. Mungkin itulah tingkah laku kita yang sebenar yang belum sempat dikesali. Hakikatnya kita belum betul-betul kenal diri kita sehinggalah kita celik perhati ke dalam cerminan berupa sikap dan layanan manusia. What goes around, comes around. Kifarah bukan dend...

Being Humblebee

Dalam hidup ni, apa pun yang kita buat, kita kena terima hakikat yang kita akan sentiasa diuji. Hatta ketika kita nak buat baik sekalipun. Kita nak tolong orang, mulanya elok dah niat kita. Tiba-tiba sampai separuh jalan, kita rasa penat, rasa terbeban, rasa menyesal pun ada. Kadang-kadang tu dengan kawan rapat atau dengan orang yang kita sayang, kita tak ada masalah. Nak buat apa pun sanggup. Tapi bila sampai dekat orang yang kita tak berapa rapat, lagi-lagi dengan orang yang pernah sakitkan hati kita, kita jadi teragak-agak. Waktu tu ikhlas kita teruji. Kita mula mempertikaikan macam-macam. Hal kecil sengaja diperbesarkan. Seolah-olah kita meletakkan syarat terhadap orang-orang tertentu sebelum berbuat baik dengannya. Sebenarnya kita buat baik untuk apa? Kebaikan itu terlaksana bukan untuk orang menyedarinya, bukan untuk dihargai, bukan untuk dibalas oleh sesiapa. Semua itu terletak di tangan orang yang menerima kebaikan tersebut. Kita tak boleh nak paksa. Jika dia memilih un...

I K H T I L A T

Aku tahu selok belok ujian kita berbeza. Ada orang, mereka hebat soal pengurusan hati, hebat menjaga ikhtilat kerana mungkin mereka tak ada ramai kenalan lelaki, atau mungkin berperwatakan sederhana. Ada pula orang mereka diuji dengan rupa paras yang cantik, ada style, 'budak hot ', yang menarik perhatian lelaki untuk mendekati mereka walaupun bukan atas kehendak mereka sendiri. Mungkin lebih sukar untuk mereka menjaga ikhtilat. Ikhtilat ni permulaan kepada maksiat yang lebih dahsyat lagi. Contohnya, couple . Sebab tu aku tak berani mulakan ikhtilat tanpa 2 sebab yang dibenarkan tu (dharurat & hajat). O nce bila dah terjebak dalam dosa ikhtilat, memang sangat susah nak tinggalkan. Aku tak berhak menghukum. Siapa aku nak menentukan baik buruk hati seseorang hanya melalui penilaian mata kasar? Sometimes aku pertimbangkan juga situasi orang. Aku sendiri, kadang kalah dengan jiwa remaja aku. Tapi aku kena tegur sebagai peringatan untuk diri aku juga. Jagalah ikhtilat. Le...

Sakti Kebaikan

Saat kita memberi, kita akan turut menerima. Ketika kita menolong orang lain, pada masa yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri juga. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri. Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi. Bukan kita tidak melihat kebenaran ini, tetapi kita enggan mempercayainya. Kerana itu ramai orang lebih berbahagia menerima daripada memberi, lebih suka ditolong daripada menolong. Walhal hakikatnya melalui pemberianlah kita akan menerima, sesuatu yang jauh lebih berharga dari yang kita sangka yang tidak semua orang mampu merasainya. Itulah ketenangan jiwa. Ketahuilah, hidup ini hanya berpusat kepada diri sendiri. Mari aku kongsikan sebuah kisah menarik; Seorang lelaki yang buta sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu. Situasi ini cukup menghairankan bagi seorang pemuda yang kebetulan melihatnya. Pemuda itu lalu b...