Posts

Showing posts from July, 2018

Bab 2 - Kaki Umpat

Keesokan harinya, setelah selesai solat subuh berjemaah di ruang tamu, mereka hanya duduk di dalam bilik untuk melakukan kerja masing-masing memandangkan hari itu adalah hari Sabtu. Jika ada masa terluang, jarang sekali mereka keluar berfoya-foya ke tempat-tempat mewah walaupun telah diajak oleh rakan-rakan serumah yang lain. Kebiasaannya, mereka akan melakukan aktiviti bersama ketika di hujung minggu. Keakraban yang terbina hasil daripada jalinan persahabatan antara mereka selama bertahun-tahun menjadikan mereka tidak pernah berasa bosan meluangkan masa berdua tidak kira tempat walaupun perkara itu asyik berulang-ulang setiap minggu. Lagipun, mereka bukannya menghabiskan masa untuk tidur dan bermain permainan video sahaja sehari suntuk sebaliknya menyiapkan tugasan kelas, mengulangkaji pelajaran, serta aktiviti-aktiviti berfaedah yang lain. Kadangkala perkara-perkara begitu dianggap membosankan bagi segelintir pelajar bukan kerana ia memang bersifat boyak, tetapi mereka yang tidak r...