Judge Me When You're Perfect (?)
Kita jangan pelik kalau orang suka judge kita. Manusia cenderung untuk menilai apa yang mereka nampak, bukan apa yang mereka tahu. Kita sendiri pun bukan setiap masa baik, bukan serba serbi sempurna. Kalau apa yang dijudge tu tak betul, buat apa kita terkesan? Kita lebih kenal kekurangan diri kita, jadi kita jugalah yang lebih tahu sejauh mana usaha kita ke arah yang lebih baik. Hakikatnya kebaikan itu memang saling berkait dan menyokong hal-hal yang lain. Satu kebaikan sepatutnya akan melahirkan kebaikan yang baru, juga menimbulkan sekurang-kurangnya keinginan untuk meninggalkan takuk kejahilan. Seterusnya menjadi penghalang kita daripada berterusan melakukan dosa. Hatta bila kita melakukan dosa itu pun, kita disuruh untuk sertakannya dengan kebaikan sebagai 'denda'. Moga dengan kesungguhan kita berbuat baik dapat menghapuskan dosa-dosa dengan izin-Nya. Sebab itulah bila kita buat silap sikit, orang akan terus pertikaikan dengan sisi baik kita; kerana perkaitan tadi. Dan k...