Love, Iman.
"Puncak kesabaran itu diam, walaupun dalam hati terus berbicara. Manakala puncak kekuatan itu tersenyum, walaupun terus menitis ribuan air mata." Setiap pekerjaan yang kita lakukan kerana Allah, bukan bermakna ia akan jadi sempurna sejak awal hingga ke penghujung. Bukan bererti kita langsung tidak boleh melakukan kesilapan. Ada masa kita diuji, di pertengahannya terkadang membuatkan langkah kita terhenti, melutut menangisi kudrat yang terbatas ini. Masih berhadapan realiti, namun canggung antara masa silam dan impian. Takut dengan bayang-bayang sendiri, lelah kerana tiada yang sudi menemani. Disangka huluran tangan yang bakal disambut, rupanya tangan sendiri yang terpaksa mencabut ribuan badik yang tercucuk. Berkali-kali. Acap kali manusia mengambil kesempatan di sebalik kebaikan, mempergunakan kelebihan atas takhta seorang kawan, mencela kekurangan ketika sudah tidak sehaluan. Tidak perlu disebut berapa ramai yang pergi setelah mencipta memori. Bukan kerana kita tidak n...