I K H T I L A T
Aku tahu selok belok ujian kita berbeza. Ada orang, mereka hebat soal pengurusan hati, hebat menjaga ikhtilat kerana mungkin mereka tak ada ramai kenalan lelaki, atau mungkin berperwatakan sederhana.
Ada pula orang mereka diuji dengan rupa paras yang cantik, ada style, 'budak hot', yang menarik perhatian lelaki untuk mendekati mereka walaupun bukan atas kehendak mereka sendiri. Mungkin lebih sukar untuk mereka menjaga ikhtilat.
Ikhtilat ni permulaan kepada maksiat yang lebih dahsyat lagi. Contohnya, couple. Sebab tu aku tak berani mulakan ikhtilat tanpa 2 sebab yang dibenarkan tu (dharurat & hajat). Once bila dah terjebak dalam dosa ikhtilat, memang sangat susah nak tinggalkan.
Aku tak berhak menghukum. Siapa aku nak menentukan baik buruk hati seseorang hanya melalui penilaian mata kasar? Sometimes aku pertimbangkan juga situasi orang. Aku sendiri, kadang kalah dengan jiwa remaja aku. Tapi aku kena tegur sebagai peringatan untuk diri aku juga.
Jagalah ikhtilat. Lebih-lebih lagi kita perempuan yang sepatutnya ada rasa malu yang tinggi, yang sepatutnya peka tentang pemeliharaan kehormatan diri. Jadi diri sendiri bukan bermakna tingkah laku kita tak ada batasnya terutama bila melibatkan pergaulan kita di hadapan umum apatah lagi dengan ajnabi.
Pada aku, nak jaga ikhtilat ni mulakan dengan menjaga hubungan kita sesama rakan sejantina. Sungguh, mereka yang berjaya menjaga ikhtilat, akan lebih merasai kemanisan ukhuwah. Binalah persahabatan yang bermatlamatkan redha Allah. Daripada situ kita tak akan berkehendakkan pergaulan yang Allah larang (ikhtilat).
Kalau perlu delete contact lelaki (ajnabi), delete. Kalau perlu block, block. Kalau perlu unfollow, unfollow. Berhenti berbalas-balas Whatsapp pada perkara yang tak mustahak. Berhenti lepak semeja berhuha huha tak ingat dunia tanpa ada urusan yang dibenarkan. Berhenti rancang keluar bersama atas sebab bosan atau perlukan hiburan.
Bergaul dengan sahabat-sahabat yang juga menjaga ikhtilat. Dalami ilmu, sibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan suka melayan. Jangan start ikhtilat. Bila kita perempuan yang start, lelaki akan jadi galak atau makin berani nak dekat. Waktu tu, lagi susah kita nak baiki keadaan.
Setiap hari cuba perbaiki dan tambah baik lagi hubungan kita dengan Allah, hayatilah setiap perkataan serta ikrar yang kita lafazkan di dalam solat, supaya ia jadi benteng yang menjaga kita daripada dosa. Lazimi taubat dan banyakkan berdoa, minta Allah bantu.
Jangan mengalah, terus mujahadah. Moga syurga buat kalian.