Posts

Mati Rasa

Tiada gunanya penghargaan setelah kepergian, Apalah makna perjuangan setelah hancur kepercayaan, Di mana letaknya bukti penyesalan setelah peluang demi peluang dipersiakan, Usah diungkit kenangan setelah jelas ianya hanya kepura-puraan. Kita boleh berbaik tetapi tidak lagi harus bersama, Kita mungkin saling ingat tetapi bukan atas dasar cinta, Kita layak bahagia tetapi masing-masing punya cara, Malah aku masih sudi menulis tentang kamu di merata, Hanya kerana luka ini terlalu dalam tiada rindu yang tersisa. Engkau tahu apa yang lebih sulit dari menanggung perasaan benci? Tawar hati; ketika sudah tidak tahu harus merasakan bagaimana lagi, Ingin terus bertahan tetapi sering berbelah bahagi, Ingin meninggalkan tetapi buntu alasan apa harus dicari, Sehingga akhirnya dibiarkan sahaja hubungan itu terhenti sendiri. Benarlah kata orang bahawa jatuh cinta itu teramat mudah, Tetapi untuk jatuh cinta berkali-kali pada orang yang sama itu payah, Jangan mengharapkan kesetiaan daripada seseorang ya...

Titik Akhir

Entah masih tersisa rasa sayang atau hanya rindukan kenangan, Entah sekadar mainan perasaan atau kuasa doa yang dilangitkan, Apa yang jelas, kini sudah aku menapak jauh lebih ke hadapan. Aku sedang mencipta semula bahagia dengan cara berbeza, Tetapi tidak pernah lupa bagaimana aku mula tahu menggali bahagia di dalam lubang duka, Aku menikmati saat-saat indah bersama teman-teman baru, Tetapi tidak pernah lupa bagaimana aku harus mengutamakan diriku sebelum hati menerima tetamu. Itulah sebabnya, jangan tahu menghargai hanya ketika seseorang itu sudah pergi, Kerna meski dia memilih untuk tetap mengabadikan kamu di dalam lipatan memori, Itu hanya sebagai pengajaran yang tidak mahu dia ulangi, Agar dia terus tumbuh walau tanpa kamu lagi di sisi. Terima kasih sudah sudi menjadi sebahagian dari takdirku, Biar Tuhan yang menentukan apa harus kita dipertemukan lagi pada babak berikutnya atau dibiarkan sahaja terhenti di situ, Bahkan aku tidak membenci, hanya mengakhiri urusanku yang selama ini ...

Dewasaku

Dewasaku mengajarkan, terkadang untuk lebih berbahagia adalah dengan menyembunyikan kebahagiaan. Banyak hal yang menjadi lebih lancar jika dirahsiakan. Tidak perlu diceritakan semua, tidak juga harus terlalu menyimpan. Berpadalah. Biar kamu tahu siapa yang benar-benar peduli, biar kamu kenal siapa yang sudi bersama bukan kerana kelebihan kamu semata-mata. Tidak semua mengenalmu dengan hati, ratanya hanya mengenalmu dengan mata. Apatah lagi jika kamu mendefinisikan bahagia itu adalah perhatian daripada apa yang didedahkan menjadi tatapan dunia. Pesan sahabat, jangan rasa tidak disayang jika tidak ditayang.  Bersederhana dalam mempamerkan kelebihan dan nikmat tidak menjadikan kita kurang atau kehilangan apa-apa, tetapi setiap penerimaan itu cukup menyedarkan kita bahawa semua itu hanyalah pinjaman daripada-Nya. Suatu masa jika nikmat itu perlu dikembalikan, tiada insan yang bakal menghakimi dan mempersoal. Suatu masa jika nikmat itu diselangi ujian, tidaklah mudah menggugat keyakinan...

Dua Jiwa

Mengambil jarak bukan menyindir benci atau sanggup lupa, Membuka peluang tidak semestinya langsung percaya, Waspada menjadikannya tampak memilih dalam bersosialisasi, Keterbukaan mencalitkan luka dek harapan yang terhancuri, Dianggap menyingkir bagi yang dahagakan perhatian, Ditafsir menumpang bagi yang terasa cukup berkelebihan, Tidak terlintas ingin memperkecilkan martabat sesiapa, Tidak berkehendak mencuri habuan dari keistimewaan kalian semua, Pesan bapa, bersendiri hari ini mendidik jiwa berdikari, Pesan bonda, bergaul esok lusa biar tahu merendah diri, Ada bekas luka dari masa silam yang diusahakan padam, Ada impian dari manfaat sekitar yang seharusnya digenggam, Diam yang dibilang sirna setidaknya menjaga hati ramai saudara, Berucap yang diujar sukar dijangka sekadar berkongsi cerita mesra, Yang berjalan di haluan sama barangkali lekas mengerti, Yang meneroka di selekoh sana mungkin lebih banyak yang diamati, Tuhan lebih tahu niat yang c...

Tentang Kenangan

Aku kira, sukar juga menjadi seorang yang mudah menyimpan kenangan ya? Baik hal yang dianggap biasa seperti awal pertemuan atau yang lebih indah dari itu.  Hatta sebaris sapaan yang meredupkan pandanganku, aku mampu mengimbas kembali perinciannya tanpa sokongan daripada sesiapa. Aku juga ingat akan kenangan daripada pengalaman yang meniti di bibir orang, yang sudi dikongsikan kepadaku. Bersama kenangan, aku menjadi terlalu mudah memberi maaf hanya dengan senyuman meski aku tahu ianya palsu. Aku sambut kebaikan yang beribu, meski aku tahu ada udang di sebalik batu. Aku bertambah terluka jika diceritakan kembali kenangan itu kepada mereka namun ia sudah dilupa seakan-akan ia tiada makna. Meskipun ia sudah lama berlalu, aku tak pernah lupa bagaimana hatiku merasa bahagia pada hari itu. Aku ketawa bersama ramai orang, tetapi aku tak pernah lupa siapa yang setia di saat susah dan senang. Sudah menjadi lumrah hidup insani, manusia datang dan pergi. Tetapi setiap kenangan masih terpahat d...

Pssttt Dah Solat?

Hai assalamualaikum! Since i have time.. Saje la nak throwback sikit kenangan waktu intern dulu kan. Sikit je hehehe. Dulu masa intern balik dari office pukul 6 petang dari 9 pagi. Rutin selalu dari office akan jalan kaki ke stesen mrt pastu naik bas pastu barulah jalan kaki semula sampai ke rumah. Dekat je kalau ikutkan dalam masa 20 minit boleh sampai tapi disebabkan petang, jalan jem and sesak gila dalam public transport so akan makan masa sejam lebih jugak untuk sampai rumah. Seksa beb nak hadap. Biasa memang akan solat asar dulu la kat office supaya tak terkejar-kejar. Tapi satu hari tu banyak pulak kerja and kena balik rumah cepat, pukul 6 pun tak sempat solat asar lagi. Habis kerja terus rushing nak balik sebab takut tertinggal bas. Nak naik grab macam eh bazir duit la pulak. Benda boleh bayar singgit pergi balik, buat apa bayar lebih kan. Masatu fikir nak solat asar kat rumah je sebab serabut, maybe sempat solat asar even 10 minit sebelum masuk waktu maghrib. Kalut kan. "S...

Doa dan Kecewa

Buat yang putus asa dalam berdoa, Jangan sesekali samakan pengharapan kita terhadap Allah dengan pengharapan kita terhadap manusia. Bukanlah bermakna kita perlu berhenti berdoa seperti mana kita jangan berharap pada manusia kerana takut kecewa. Cuma soal urusan kita dengan Allah, kadangkala kita perlu ingat bahawa tidak semua perkara harus difaham dengan perincian jawapan, jika tidak tiada di antara kita bakal tahu erti sabar dalam perjuangan. Akal kita terbatas, sedang ilmu-Nya teramat luas. Bahkan Dia lebih mengerti seluruh isi hati, sebelum kita sempat menterjemahnya sendiri. Percayalah, jika permintaan kita diperkenankan, ia pastinya baik. Jika tidak, ia akan diganti dengan yang lebih baik.  Boleh jadi apa yang kita cari itu sudah terbentang di hadapan mata, namun tanpa ujian kita tidak berupaya untuk menyedari apatah lagi mensyukurinya. Allah menyekat kita daripada menerima sesuatu, mungkin disebabkan dosa kita sendiri. Bukan Dia benci, hanya ingin kita kembali (bertaubat). Mu...