Posts

Showing posts from June, 2018

Bab 1 - Sendiri Lagi

Usai solat fardhu isyak, Raihanah melipat kain telekung yang telah dipakainya dan perlahan-lahan menggantungkan kain telekung itu menggunakan penyangkut pakaian lalu diletakkan di dalam lokar besi bersebelahan dengan meja belajar tidak jauh dari tempat dia berdiri mengerjakan solat sebentar tadi. Sejadah hanya dilipat dua secara terbalik dan diheret masuk ke ruang bawah katil yang sedia kosong. Malam itu, dia tidak berkesempatan untuk solat berjemaah di masjid seperti biasa kerana keletihan. Lagipun, tuntutan solat berjemaah di masjid hanyalah untuk kaum lelaki. Wajahnya yang cerah bertukar merah diiringi butir-butir air mata jernih yang masih lagi bertakung di empangan matanya. Fikirannya bercelaru, sebak di dadanya ditahan. Dia teramat letih kerana baru sahaja pulang dari kuliah dan keletihannya menjadi berlipat kali ganda akibat menangis. Badannya lemah gemalai, namun dia gagahkan juga dirinya untuk meneruskan kerja-kerja yang patut. Dia tidak suka menangguh kerja walaupun keadaa...