“Aku Seorang Mujahid, Bukan Mujahir!”

Salah satu sikap atau kebiasaan yang aku perasan ada pada diri sesetengah pendakwah ialah, terlalu merendah diri hingga sanggup menjaja aib sendiri.

Tak cukup dengan itu, sanggup menggelar diri sendiri munafik dan beritahu pada orang lain dengan begitu terperinci tentang keterlanjuran dia dalam melakukan dosa.

Ia dipanggil mujaharah.

Mujaharah ni perbuatan dosa secara terang-terangan. Mujaharah terbahagi kepada dua; pertama, buat dosa terus depan umum dan kedua, buat dosa senyap-senyap kemudian dedah kepada orang lain.

Jadi kita boleh tahulah, mujahirin pula membawa maksud si pelaku atau orang-orang yang melakukan dosa secara terang-terangan, berasa bangga dengan dosa yang dilakukan.

I would like to share a story. It will probably be long, but I'll try to make it worth reading. Hopefully.

Oh ya, sangat disarankan untuk baca sampai habis bagi mengelakkan anda terlebih emosi di tengah jalan.

Ok kita mula.

Ada masa aku ikut je cara orang, aku suka apa yang diorang suka, aku enjoy dengan benda yang buat diorang happy, selagi aku rasa perkara tu tak melebih-lebih.

Aku bergaul dengan semua orang. Bagi aku, ukhuwah itu bukan hanya layak dirasa oleh hakak-hakak berjubah bertudung litup atau hadek-hadek yang join usrah dan buat dakwah je.

Ukhuwah itu untuk semua tak kiralah yang sekolah agama atau tidak, yang belajar pondok atau tidak, yang pakai tudung atau tidak, yang pandai tarbiyah orang atau tidak. Kerana kita semua sama asalnya, bersaudara belaka. Bercampurlah dengan semua orang untuk melihat dunia.

Tapi....

Kat mana-mana aku pergi, dengan siapa pun aku bergaul, orang seolah-olah boleh 'kenal' aku melalui luaran aku sebelum diorang sempat duduk bergaul dengan aku secara depan-depan.

What I'm going to say is, perspektif orang terhadap aku bukan biasa-biasa. Perspektif yang berkait rapat dengan kepercayaan.

Sampai aku rasa insecure. Kekok pun ada. Takut, ya takut.

Kejap, sabar dulu. Aku bukan nak berbangga. Baca sampai habis boleh tak? *flip tudung*

Orang akan lebih kenal dosa bila dosa itu ada pada diri seseorang yang membawa imej agama.

Okay macam ni, aku bagi analogi; Misal kata aku ni budak sekolah menengah biasa dan aku bercouple. Member huha huha aku pun majoriti bercouple. Tiba-tiba aku dapat tahu member aku yang sekolah maahad, yang hafaz al-Quran lagi galak bercouple. Kau rasa aku akan judge siapa?

Member aku yang sekolah maahad tadi. Habis yang lain? Aku sendiri? Tak apa pulak couple?

Bayangkan kau pergi tempat maksiat macam tengok wayang cerita mengarut-ngarut. Lepas dah tamat tayangan, kau pun keluar. Tiba-tiba kau terserempak dengan sekumpulan kawan perempuan kau seramai tiga orang, pun baru keluar dari panggung yang sama. Panggung ye panggung, risau tersilap baca. Sorang free hair, sorang pakai tudung singkat, sorang lagi bertudung labuh lengkap berpurdah. Semua berpasangan dengan pakwe masing-masing. Kau tahu diorang belum kahwin.

Kau akan judge siapa?

Paling pun kalau aku la kan, aku akan cakap dalam hati macam ni "member dia yang pakai purdah tu rilek je ikut masuk sekali."

Habis yang lain? Kau sendiri? Amboi boleh pulak?

Judgemental kan aku? Macam emo pun ada. Sabar dulu.

That is what I mean.

Orang akan lebih kenal kesalahan bila kesalahan itu ada pada diri seseorang yang membawa imej agama. Makin jelas perwatakan agama tersebut, makin tinggi kecenderungan orang untuk menilai.

Benda ni bahaya sebenarnya. Kenapa?

Sebenarnya aku bukan nak suruh korang fokus pada penilaian orang, eh peduli apa orang nak mengata kan? It is about kesan daripada penilaian tersebut. Bila orang menilai, orang 'faham' dan orang ikut. Secara tak langsung mereka anggap benda tu normal dan makin syok la nak teruskan buat dosa tu dah kalau orang-orang agama pun buat.

Benda yang buat kita risau, melalui tindakan kita, kita boleh mengelirukan ramai orang tentang mana yang baik dan mana yang buruk. Lebih parah lagi, orang boleh anggap sesuatu dosa tu bukan dosa hanya disebabkan khilaf kita sendiri.

Orang akan fikir;
"Alah, budak sekolah agama pun couple so couple tu tak salah kot."
"Alah, yang pakai purdah pun tengok wayang cerita cium-cium. Takpe kot."
"Alah yang setiap minggu pergi daurah pun lepak tengah malam bertempuk-tampar dengan ajnabi, bolehlah tu maksudnya."

Korang tak risau ke?

Aku tak cakap yang agama seseorang itu terletak pada luaran atau bagaimana cara dia berpakaian semata-mata. Tak. Aku nak highlight tentang perspektif majoriti terutama orang awam tentang orang-orang agama.

Kenapa orang awam?

Sebab aku yakin, yang belajar ilmu agama, yang pernah sekolah agama, yang bergaul dengan orang-orang agama, yang selalu berkecimpung dalam program-program agama, diorang ni pernah rasa duduk dalam situasi dan suasana beragama. So diorang tahu selok belok ilmu agama.

Dalam masa yang sama segala permasalahan, kekurangan, kepincangan, cacat cela, asam garam dalam jemaah atau organisasi sendiri pun diorang tahu. Jadi peratus untuk mereka menilai seseorang melalui luaran tu tipis sangat.

Dalam erti kata lain atau secara dasarnya, disebabkan diorang ni dah bergaul dan kenal geng-geng spesis diorang, secara automatiknya diorang akan tahu juga cara untuk diorang deal with the flaws and imperfections. Saling melengkapkan satu sama lain.

Tapi tak bagi orang awam. Diorang akan pukul rata dan anggap apa yang diorang tengok melalui biasan akhlak orang-orang agama tadi tu sentiasa betul kerana imej agama yang dibawa. Diorang merendah diri dan merasakan diri mereka lebih jahil lalu mereka akur dan ikut saja dengan setiap apa yang orang-orang agama pertontonkan.

Sebab tu lah aku kata, kita kena jaga kepercayaan orang especially bila berhadapan dengan public.

Walaupun memang, kita hidup ni bukan untuk redha manusia, bukan untuk puaskan hati manusia, bukan untuk terima pujian manusia setiap masa, bukan untuk orang anggap kita suci apatah lagi mulia macam malaikat.

Tapi sedar atau tak, ada masa kita kena cakna tentang penilaian orang terhadap kita. Sebab kadang-kadang yang lebih kenal kita adalah orang-orang di sekeliling kita. Kita bukan setiap masa betul.

Kepercayaan dan penghormatan itu tinggi nilainya. Kita tak pernah minta orang percaya dekat kita tapi mereka tetap percaya yang kita ni merupakan qudwah atau role model dalam agama. Hargai dan jagalah ia.

Tak perlu pun cerita dosa sendiri dekat orang lain walau sebesar zarah. Kalau sekecil-kecil tindakan kita akan mengubah persepsi seseorang tu tentang sesuatu perkara lalu memberi kesan pula dalam diri mereka secara tak langsung, apatah lagi kalau kita sendiri duk cerita terang-terang dekat orang dosa apa yang kita dah buat.

Bayangkanlah. Aib kita sendiri pun kita canang dengan rela hati, agaknya macam mana pula dengan aib orang lain?

Banyak lagi alternatif lain untuk memberi inspirasi kepada orang ramai. Terlalu banyak.

Maksud aku cerita tentang kejahilan sendiri ni bukan dengan hanya duduk dalam satu kelompok dan beritahu dosa kita sekian sekian, atau menaip dan berkongsi kisah silam kita di media sosial. Ia merangkumi segala hal yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Kau suka layan drama cinta yang ada unsur-unsur maksiat macam dedah aurat, isteri derhaka dekat suami, pegang-pegang tangan sesama ajnabi, tak perlu letak dekat story bagitahu orang kau tengah buat apa.

Kau tengah syok berwasep bersemut pagi petang siang malam 24/7 dengan pakwe kau, tak perlu kau screenshot buat status dengan caption "baby sayangggg" pergi heboh satu dunia macam kau sorang je ada pakwe.

Kau balik lewat malam sebab lepak dengan member-member laki yang ajnabi, tak perlu bagitahu roommate yang kau pi jumpa diorang tak jaga ikhtilat sapkok minum kopi sembang benda-benda mengarut.

Tak perlu ditayang. Kalau belum mampu tinggal dosa, cukuplah kita simpan buat pengetahuan kita sorang. Kalau belum mampu tinggal dosa pun, paksa diri supaya tak sebarkan pada sesiapa hatta kawan baik sendiri.

Jangan buat orang di sekeliling anggap dosa yang kita buat tu benda biasa. Jangan sesekali biar ia diiktiraf sebagai sesuatu yang normal. Jangan. Tanam dan bajailah sifat haya' (rasa malu) dalam diri.

Sebab kita boleh pengaruh orang. Percayalah cakap sisturmu ini. Cuba kira berapa ramai kawan yang kita ada? Mustahil la takde sorang pun yang takkan terikut dengan sikap dan peribadi kita. Sebab tu kena tunjuk contoh yang baik-baik. Kalau tak kawan pun, family kita, adik beradik kita mesti akan ikut apa yang kita buat.

Kita tak pernah tahu berapa ramai orang kat luar sana yang bertarung dengan nafsu sendiri untuk tinggalkan maksiat, last-last tewas sebab tindakan kita sendiri, kita hancurkan kepercayaan diorang. Percayalah, kita mungkin tak perasan semua tu tapi dalam diam, orang perhati apa yang kita buat.

Susah kan hidup asyik nak jadi pak turut? Asyik nak kena jaga tingkah laku hanya sebab kepercayaan orang? Percayalah, bukan kau sorang yang rasa.

"Tak boleh ke jadi diri sendiri?"

Cuba kita pandang sesuatu tu dari sudut yang positif. Bagi aku, ada baiknya juga. Sebab daripada situ kita dapat melatih diri kita sendiri untuk jadi lebih baik.

Dan dari sisi yang lain, orang awam juga sebenarnya akan lebih mudah atau terdorong untuk mencontohi kebaikan bila kebaikan itu ada pada diri seseorang yang juga membawa imej agama.

Kita beruntung dan sepatutnya bersyukur. Kita jumpa orang dan bagi salam, orang belajar dari tindakan kita. Kita sedekahkan senyuman pun, orang belajar dari tindakan kita. Kita solat awal waktu, orang belajar dari tindakan kita. Kita lazimi istighfar, orang belajar dari tindakan kita. Kita suka baca al-quran, orang belajar dari tindakan kita.

Tak ada pun orang cakap;
"Eleh tudung kau pun tak labuh mana, ada hati nak suruh orang tutup aurat."
"Eleh kau tak belajar agama pun tapi ada hati nak berdakwah."
"Eleh kau macam ni macam tu tapi bla bla bla."

Ada? Tak ada. Jadi bersyukurlah. Kita buat baik dan suruh orang buat baik, orang susah pertikai. Ya, kerana kepercayaan tadi.

Malah bila orang nampak kita buat baik, apa yang orang akan cakap?

"Bagusnya budak ni, dahlah pakai tudung labuh, suka sedekah pula tu."
"Baiknya dia ni, dahlah hafaz al-quran, hormat orang tua pula tu."
"Sejuk hati tengok, dahlah bijak, rajin berdakwah pula tu. Boleh buat menantu."

Secara tak langsung, melalui satu kebaikan yang kita buat, orang akan nampak kebaikan-kebaikan yang lain yang mana itu semua akan jadi bukti yang kukuh atas kepercayaan mereka sendiri. Lalu mereka jadi lebih semangat nak contohi apa yang kita buat. Mudah-mudahan.

Tak nak ke kita jadi seorang pemula (baca: beginner) kepada sesuatu kebaikan? Segala apa yang orang buat selepas itu disebabkan pengaruh baik yang kita bawa, kita turut dapat sahamnya.

Aku minta maaf kalau apa yang aku kongsi ni seolah-olah aku memperlekehkan atau pandang rendah dekat orang yang tak berperwatakan islamik. Macam yang aku cakap tadi, aku tak pernah dakwa yang agama seseorang tu hanya terletak pada personaliti luaran atau gaya pemakaian dia semata-mata.

Malah aku sendiri terharu bila tengok orang yang pakaian dia biasa-biasa je tapi dialah yang setiap hari kita jumpa duk tekun mengaji dalam masjid. Orang yang tudung tak adalah labuh mana pun tapi dialah yang setiap kali jumpa orang, selalu senyum dan bagi salam. Sungguh, agama itu bukan hanya dinilai pada pakaian.

Tapi itulah, kalau orang biasa-biasa macam tu pun boleh jadi baik, kenapa kita yang dah terima suntikan tarbiyah selama bertahun-tahun ni tak boleh jadi lebih baik lagi supaya kita dapat wujudkan suasana yang mana orang di sekeliling kita berlumba-lumba nak jadi baik? At least, dalam keluarga kita sendiri.

Dan, aku juga bukan nak suruh korang riya' atau kejar sangat perhatian dan pujian manusia. Tujuan aku menulis, aku cuma nak tekankan tentang pandangan orang awam terhadap orang-orang agama supaya kita sama-sama dapat tunjukkan contoh yang terbaik sebab pengaruh kita besar, tanggungjawab kita berat. Itu je sebenarnya.

Jadi aku terpaksa kaitkan dengan banyak benda supaya korang faham (hopefully?).

Begitulah.

Jagalah kepercayaan orang. Nampak remeh, tapi besar impaknya. Sebanyak mana pun perhatian manusia yang akan kita terima, tetap takkan mampu membeli harga sebuah kehormatan diri.

Kita takkan mampu jadi sempurna dari segenap aspek. Tapi Islam cukup sempurna, jadi tugas kita untuk buktikan pada dunia yang agama kita ni merupakan agama yang terbaik. Mana yang perlu dijaga, kita cuba jaga.

Aku menulis untuk diri aku dan orang lain juga, bukan hanya pendakwah. Andai kata satu hari nanti korang nampak aku buat maksiat terang-terang, tegurlah aku. Bimbing aku. Kita sama-sama cuba.

Apa-apa yang kita buat, buatlah ikhlas kerana Allah. Moga kita semua mampu istiqamah. In shaa Allah.

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan (melakukan maksiat). Dan termasuk terang-terangan adalah seseorang yang melakukan perbuatan maksiat di malam hari, kemudian di paginya ia berkata: wahai fulan, kemarin aku telah melakukan ini dan itu – padahal Allah telah menutupnya- dan di pagi harinya ia membuka tutupan Allah atas dirinya.” (HR Bukhari dan Muslim).