Posts

Showing posts from 2018

Bab 3 - Hilang

"Kak Mira..." "Eh? Iffah tak nak balik lagi?" "Belum lagi... Ada benda sikit nak tanya akak." "Boleh tapi bukan kat sini hehehe." Amira mengenjutkan keningnya lalu mempelawa Iffah untuk dibelanja minum petang olehnya di kafe. Iffah yang sedikit kekok apabila pangkal lengannya dipaut oleh Amira itu hanya menurut sahaja ajakan sahabatnya. Kata orang, rezeki jangan ditolak. Amira merupakan naqibah yang mengendalikan kumpulan usrah yang disertai Iffah. Walaupun jarak usia mereka hanya setahun, Iffah sangat menghormati dan memandang tinggi terhadap sosok tubuh yang disegani ramai itu. Sesampainya mereka di kafe, Amira terus memesan dua gelas carrot susu. Iffah tidak menyangka bahawa selera Amira kena benar dengan seleranya, seperti tahu sahaja minuman kegemarannya. Setelah mengambil pesanan, mereka berdua pun duduk di satu sudut sambil menikmati pemandangan waktu petang. "Hah nak tanya apa?" "Hm dari mana nak mula ya?" ...

Bab 2 - Kaki Umpat

Keesokan harinya, setelah selesai solat subuh berjemaah di ruang tamu, mereka hanya duduk di dalam bilik untuk melakukan kerja masing-masing memandangkan hari itu adalah hari Sabtu. Jika ada masa terluang, jarang sekali mereka keluar berfoya-foya ke tempat-tempat mewah walaupun telah diajak oleh rakan-rakan serumah yang lain. Kebiasaannya, mereka akan melakukan aktiviti bersama ketika di hujung minggu. Keakraban yang terbina hasil daripada jalinan persahabatan antara mereka selama bertahun-tahun menjadikan mereka tidak pernah berasa bosan meluangkan masa berdua tidak kira tempat walaupun perkara itu asyik berulang-ulang setiap minggu. Lagipun, mereka bukannya menghabiskan masa untuk tidur dan bermain permainan video sahaja sehari suntuk sebaliknya menyiapkan tugasan kelas, mengulangkaji pelajaran, serta aktiviti-aktiviti berfaedah yang lain. Kadangkala perkara-perkara begitu dianggap membosankan bagi segelintir pelajar bukan kerana ia memang bersifat boyak, tetapi mereka yang tidak r...

Bab 1 - Sendiri Lagi

Usai solat fardhu isyak, Raihanah melipat kain telekung yang telah dipakainya dan perlahan-lahan menggantungkan kain telekung itu menggunakan penyangkut pakaian lalu diletakkan di dalam lokar besi bersebelahan dengan meja belajar tidak jauh dari tempat dia berdiri mengerjakan solat sebentar tadi. Sejadah hanya dilipat dua secara terbalik dan diheret masuk ke ruang bawah katil yang sedia kosong. Malam itu, dia tidak berkesempatan untuk solat berjemaah di masjid seperti biasa kerana keletihan. Lagipun, tuntutan solat berjemaah di masjid hanyalah untuk kaum lelaki. Wajahnya yang cerah bertukar merah diiringi butir-butir air mata jernih yang masih lagi bertakung di empangan matanya. Fikirannya bercelaru, sebak di dadanya ditahan. Dia teramat letih kerana baru sahaja pulang dari kuliah dan keletihannya menjadi berlipat kali ganda akibat menangis. Badannya lemah gemalai, namun dia gagahkan juga dirinya untuk meneruskan kerja-kerja yang patut. Dia tidak suka menangguh kerja walaupun keadaa...

Be Yourself?

Pagi itu sepi, angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut menempah tenteram buat setiap jiwa yang menikmatinya. Kicauan burung seolah-olah menjadi alunan lagu yang menceriakan lagi suasana di pagi hari. Hening sahaja suasana di kolej hari itu berbeza dengan hari-hari lain. Barangkali kerana hari itu hari cuti, tiada kekalutan atau bunyi bising para pelajar yang bersiap-siap untuk bergegas ke kuliah. Iman terpaksa mengorbankan rasa rindu serta keinginannya untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tercinta kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tambahan pula, rumahnya terletak jauh dari tempat mengaji. Langsir disingkap perlahan lalu udara segar dari luar jendela kamar dihirup dan dihembuskan berulang kali. Dia mengambil masa lebih kurang lima minit untuk menikmati indahnya penciptaan alam. Alhamdulillah masih diberi keizinan oleh Allah untuk bernafas. Tiba-tiba.... Gedegang! Meja belajar dihentak kasar. "Apahal kau ni? Nak kata suami lari, kau belum kahwin...