Sederhana
Sederhana. Makin dewasa, makin kerap aku menanggung peritnya kehilangan. Makin ramai juga yang melangkah pergi di atas pilihan. Di sini aku berdiri, memerhati bertemankan pengalaman. Hidup aku tidak kelihatan seperti kebanyakan orang. Serba ada, perhatian di mana-mana. Namun keistimewaanku adalah menurut prinsipku sendiri, tidak tertakluk pada mana-mana perbandingan manusia. Makin sedikit kelebihan, makin ringan tanggungjawab. Makin sedikit kemewahan, makin kurang hitungan hisab. Sekurang-kurangnya ujian menjelaskan sejauh mana tahap kemampuanku. Hakikatnya syukur menjadikan kita punyai segalanya. Terkadang bukan tidak memiliki, sama ada tidak memperlihatkan kepada dunia atau sendiri yang melepaskan kerana lebih memaknai erti penghargaan terhadap diri. Aku lebih gemar berdamai dengan diri sendiri berbanding diiktiraf beruntung oleh manusia. Sederhana inilah yang menjaga hati manusia daripada iri. Sederhana ini jugalah yang memudahkan proses aku menjadi diriku sendiri; tidak dipengaruhi...