Be Yourself?
Pagi itu sepi, angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut menempah tenteram buat setiap jiwa yang menikmatinya. Kicauan burung seolah-olah menjadi alunan lagu yang menceriakan lagi suasana di pagi hari. Hening sahaja suasana di kolej hari itu berbeza dengan hari-hari lain. Barangkali kerana hari itu hari cuti, tiada kekalutan atau bunyi bising para pelajar yang bersiap-siap untuk bergegas ke kuliah. Iman terpaksa mengorbankan rasa rindu serta keinginannya untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tercinta kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tambahan pula, rumahnya terletak jauh dari tempat mengaji. Langsir disingkap perlahan lalu udara segar dari luar jendela kamar dihirup dan dihembuskan berulang kali. Dia mengambil masa lebih kurang lima minit untuk menikmati indahnya penciptaan alam. Alhamdulillah masih diberi keizinan oleh Allah untuk bernafas. Tiba-tiba.... Gedegang! Meja belajar dihentak kasar. "Apahal kau ni? Nak kata suami lari, kau belum kahwin...