Pssttt Dah Solat?
Hai assalamualaikum!
Since i have time..
Saje la nak throwback sikit kenangan waktu intern dulu kan. Sikit je hehehe.
Dulu masa intern balik dari office pukul 6 petang dari 9 pagi. Rutin selalu dari office akan jalan kaki ke stesen mrt pastu naik bas pastu barulah jalan kaki semula sampai ke rumah.
Dekat je kalau ikutkan dalam masa 20 minit boleh sampai tapi disebabkan petang, jalan jem and sesak gila dalam public transport so akan makan masa sejam lebih jugak untuk sampai rumah. Seksa beb nak hadap.
Biasa memang akan solat asar dulu la kat office supaya tak terkejar-kejar.
Tapi satu hari tu banyak pulak kerja and kena balik rumah cepat, pukul 6 pun tak sempat solat asar lagi. Habis kerja terus rushing nak balik sebab takut tertinggal bas. Nak naik grab macam eh bazir duit la pulak. Benda boleh bayar singgit pergi balik, buat apa bayar lebih kan.
Masatu fikir nak solat asar kat rumah je sebab serabut, maybe sempat solat asar even 10 minit sebelum masuk waktu maghrib. Kalut kan.
"Sekali ni jee" dalam hati.
Tiba-tiba sampai kat stesen mrt lalu depan surau, rasa serba salah pulak. End up tukar plan, pergi la solat dulu. Kebetulan ada wudhu' lagi, memang selalu jaga wudhu' supaya senang.
[Hampa kalau malas tanggal mekap, kalau malas beratur panjang ambik wudhu', apa salahnya jaga wudhu' daripada tinggal solat terus kan? Leceh nak pakai telekung? Sebab tu Allah suruh jaga kebersihan & tutup aurat dengan sempurna. Biar senang pakai pakaian tu je bawak solat. #donetazkirah]
Ok sambung.
Masatu fikir, tertinggal bas pun lantak lah. Sampai rumah dah nak malam pun lantak lah. Pasrah level 200%.
Selesai solat, tengok jam dah pukul 6:35. Aku dah redha dah.
Bas first pukul 6:15, next around pukul 7 gitu tak silap. Aku expect aku akan naik bas yang pukul 7 tu lah kan.
Tapi turun dari escalator nak ke bus stop je, nampak bas still ada sedang menunggu orang. Bukan setakat ada, kosong pulak tu. Selalu penuh je padat macam sardin, bas tak sempat berhenti pun, orang dah berpusu-pusu beratur depan pintu berebut nak masuk.
"Bas sampai lambat sebab stuck kat mana-mana kot."
Tapi aku masih musykil sebab kosong and orang tak berebut nak naik.
Aku pun jalan ke arah bas (selalu berlari anak hahaha) and naik je la macam biasa lepas nampak sorang akak ni naik.
Tunggu penumpang lain naik, bas pun gerak. Sardin la jugak, still penuh dengan manusia tapi aku tak perlu berebut macam selalu. Hari lain aku berdiri, haritu aku dapat duduk. Sepanjang jalan, kereta banyak tapi tak jem pun macam selalu. Traffic light pun hijau je bila sampai turn bas yang aku naik tu.
Aku rasa haritu hari yang paling pelik sepanjang aku ulang alik dari office nak balik rumah. Sampai rumah, aku sempat buat banyak kerja. Rasa macam lambat je masa berlalu.
Kejadian 'pelik' tu buat aku terfikir, "ohhh aku solat dulu tadi."
Asbab aku cuba jugak solat dulu walaupun dalam keadaan gitu, Allah mudahkan urusan aku.
Utamakan solat, Allah bagi kemudahan dan keberkatan masa. Bukan la kata hari lain Allah tak mudahkan urusan aku, mungkin haritu Allah nak tunjuk dengan cara tu sebab terdetik dalam hati nak solat lewat tadi. Astaghfirullahalazim.
Mungkin korang pun ada pengalaman berkaitan solat, rasa macam apalah sangat urusan dunia ni kan semuanya Allah yang aturkan. Benda yang luar jangkaan pun, bukan mustahil bagi Dia.
Jagalah solat tak kira busy macam mana pun kita. Nak jaga solat memang susah, tapi kalau tinggal solat lagi berkali-kali ganda susah pasai kena qadha'. Ingat boleh buat main ke bab solat? Benda wajib kot.
Kalau hutang kita dengan manusia pun buat amalan kita tergantung termasuk orang yang mati syahid, bayangkan kita berhutang dengan Allah?
Antara sebab kita malas solat atau suka lewatkan solat is kita tak jelas soal kewajipan solat tu sendiri. Tak jelas soal balasan tinggal solat. Tak nak belajar rukhsah (keringanan) dalam solat, pastu kita kata solat ni membebankan. Padahal solat boleh jadi satu kerehatan bila kita buang semua hal-hal dunia dari fikiran dan fokus pada Tuhan. Second, kita kompiden kita akan hidup lagi esok lusa (read: jarang ingat mati) *sendiri taip, sendiri sentap* Third, kita belum cukup yakin yang solat tu akan mudahkan urusan kita sebab kita utamakan hak Allah berbanding perkara-perkara lain. Belum cukup yakin dengan Allah.
Dulu, aku pun pelik dan kuriyes kenapa setiap kali aku tanya ustaz/ustazah atau kawan-kawan rapat aku macam mana nak berubah, mesti dapat jawapan yang sama;
"Mula dengan jaga solat."
Sampai dah bosan la dengar.
Pernah juga terdetik "habis dia ingat aku tak solat ke selama ni?"
Tapi sekarang, barulah aku boleh hadam kenyataan tu bila aku rasa macam masih ada kekurangan dalam ibadah solat aku selama ni. Aku rasa kosong walaupun aku solat setiap hari.
Macam mana boleh rasa macam tu?
Bila aku sedar tiang agama yang aku dirikan selama ni tak mencegah pun aku dari kemungkaran dan tak membantu aku berlumba-lumba ke arah kebaikan.
Senang cerita, solat aku tak memberi apa-apa kesan pada jiwa aku.
Memanglah kita tak perfect kan. Tapi sebagai hamba, kita juga dituntut untuk perbaiki diri. Sempurna tu bukan pada manusia, tapi cara kita berusaha memanusiakan diri (menjadi hamba).
Firman Allah;
"Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (al-Ankabut, 29:45)
Rupanya sebelum ni aku yang belum faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'jaga solat' tu.
Jaga solat bukan setakat solat 5 waktu je. Tetapi teliti soal penyucian diri sebelum mengangkat takbir, perbetulkan bacaan, thama'ninah, khusyuk, faham dan hayati apa yang dibaca, solat di awal waktu, etc.
Bukan solat, tapi bacaan entah apa yang dikumat-kamitkan pun tak tahu, bacaan laju sampai tajwid tunggang langgang, ambil wudhu' pun huru hara sampai tak sedar air tak terkena pun kulit bawah kuku, solat pula dalam keadaan lalai dan tergesa-gesa.
Semua tu perlukan proses, kita lemah tak mampu nak berubah sekaligus gedebuk macam tu. Kadang bacaan betul tapi susah nak khusyuk contohnya. Tapi kalau kita tak cuba perbaiki satu per satu, sampai bila-bilalah solat kita macam tu je, dan kita langsung tak terkesan dengan solat tu sendiri.
Kadang-kadang kita kena buang jauh-jauh perspektif "asal aku dah solat." Sebab boleh jadi pemikiran yang macam tu buat kita jadi malas nak ambik tahu sejauh mana kualiti solat kita dan adakah solat kita itu diterima Allah atau sebaliknya.
Selitkan cinta bersama tanggungjawab. Tanggungjawab membuatkan sesuatu itu terlaksana, tetapi cinta membuatkan ianya terlaksana dengan sempurna. In shaa Allah.
Solatlah atas dasar cinta terhadap Tuhan kita. Macam mana kita sayangkan kekasih kita, kita sedaya upaya nak jadi yang terbaik untuk dia. Macam tu juga dengan Allah, Kekasih kita yang pertama.
Bukan apa, takut kita terlepas pandang hal-hal yang sepatutnya kita ambil berat. Takut kita seolah-olah meremehkan kewajiban solat tu sendiri. Solat berpuluh-puluh tahun pun, kalau Allah tak terima solat kita macam mana?
Nampak simple je setiap kali orang tanya macam mana nak berubah, awalnya jaga solat. Macam mana nak rezeki mencurah-curah, paling penting jaga solat. Macam mana nak berjaya, jaga solat juga. Nak Allah makbulkan doa kita cepat, solatlah cepat-cepat (awal waktu).
Nampak macam cliché sangat tapi orang yang betul-betul jaga solat je faham betapa rezeki dan kebaikan tu banyak datang dari solat yang terpelihara kualitinya. Nikmat solat awal waktu ni lain daripada nikmat sekadar solat.
Pastu yang tak solat langsung tu nak jadi apa? Fikir sendiri.
Siapa yang memperbaiki solatnya, dia sebenarnya sedang memperbaiki kehidupannya sendiri.
"Nak kenal seseorang tu, tengok solat dia."
Solatlah walaupun terpaksa, pastikan cukup 5 waktu. Dah disiplin solat 5 waktu, cuba pulak untuk berjemaah, awal waktu, faham makna bacaan, back-up solat sunat dan lain-lain.
Moga dengan usaha kita untuk jaga solat tu, Allah hadirkan keikhlasan & kekhusyukan dalam ibadah solat kita. Moga solat kita Allah terima. In shaa Allah.
Terima kasih abang drebar bas! Tiberr.
Terima kasih Allah untuk nikmat Iman & Islam ini! Alhamdulillah.